Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.KUALA LUMPUR. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Penarafan Bintang Program Pendidikan Khas Integrasi.SEKOLAH MASING-MASING KE UNIT PENDIDIKAN KHAS.
Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas. Kuala Lumpur. KUALA LUMPUR. ![]() Pengenalan Program Pendidikan Khas Integrasi Satu program khusus untuk MBK yang. O Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah: cacat fizikal teruk, rencatan akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. O Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, dan murid pemulihan khas. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut: Sindrom Down Autisme ringan Attention Deficit Hyperactivity Disorder Terencat akal minimum Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia) Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan ke peringkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari. PROGRAM PENDIDIKAN Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui: o Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah). O Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknikvokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Khas manakala Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
0 Comments
Leave a Reply. |
Details
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |